Pages

Tuesday, February 1, 2011

6 Soalan Imam Al Ghazali



Suatu hari,  Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu  Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu  Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu". Kita tak akan mampu untuk kembali ke masa lampau walauapapun terjadi kepada kita. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu  Imam Al Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apakah yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata  Imam Al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apakah yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan mereka benar, tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya setuju dengan permintaan Allah SWT, sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak mampu memikul amanah tersebut.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apakah yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat". Gara-gara sibuk bekerja kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat, gara-gara pergi membeli belah kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata  Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia". Disebabkan lidah, kebanyakan manusia dengan senangnya sakiti dan lukai hati dan perasaan saudara mereka sendiri.


Harap dapat memberi pengajaran kepada semua
^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

About