Pages

Friday, December 17, 2010

Jikalau layan Al-Quran Seperti Handphone



mcm hp aku..xp dh rosak skit...hehehe

Al-Quran Kalam Allah


Sedar tak sedar handphone sudah menjadi budaya org kita malah di seluruh dunia. Bayangkan jika kita buat apa yang kita buat dengan handphone kita buat dengan kitab suci Al-Quran. Walaupun Al-Quran itu tersangat tinggi darjatnya dan tidak layak langsung dibandingkan dengan handphone.

1. Jikalau kita membawanya ke mana sahaja kita pergi.
2. Kita menyelaknya beberapa kali dalam satu hari.
3. Kita berpatah balik ke rumah, jika kita tertinggal.
4. Jikalau kita menerima dan mengikut text mesej yang disampaikan.
5. Jikalau membuatkan kita seperti tak boleh hidup tanpanya.
6. Jikalau kita menghadiahkan kepada anak-anak.
7. Jikalau kita menggunakannya semasa kita sedang dalam perjalanan.
8. Jikalau kita memerlukannya semasa dalam kecemasan.
9. Menjadi kan kita berkata….hmm…eh di mana Al-Quran saya?

the last but not least
Tidak seperti handphone , kita tidak perlu risau Al-Quran kita akan disconnect, jika tiada coverage.


Jom berfikir sejenak “yang mana satu keutamaan kita?” dan jangan drops calls! (^_^)

Thursday, December 16, 2010

RM2 membantu meningkatkan coverage henset...???


Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan ‘pantang’ bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk ‘boost up’ coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian bila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod ‘ID. 10T’ tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod ‘ID. 10T’ tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod ‘ID.10T’ tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
apa%c2%b2 aje Full Bar Coverage
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod ‘ID.10T’ tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod ‘ID.10T’ dah bertukar menjadi IDIOT’ ! Sape tahu yer tak??





Jgn marah kalau dah terkena...=P







hahahahaha....sekadar hiburan..(^_^)

Tuesday, December 14, 2010

Nibiru hentam Bumi 2012...????

Nibiru..???

Apakah itu Nibiru..??


                                   lebih kurang mcm ni la gambaran planet tu...

skrg ni bnyk desas-desus yg mengatakan bahawa planet ni akan melanggar bumi...
atau dgn bahasa kasarnya menghentam bumi ni..
sejauh manakah kebenarannya...???
masih belum dpt dibuktikan lg..,
berikut adalah keratan artikel berkaitan..

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA



apakah kejadian hemtaman ini akan benar-benar berlaku..??
hanya ALLAH yg mengetahuinya..



marilah kita bersama-sama menginsafkan diri...(^_^)

J Downloader..???



Pernah dengar ke downloader jenis ni..??
bg yg kaki download msti taw punya..
aku pon dpt taw dari mmber aku..
sblum ni aku guna IDM je..
pe kejadah nya IDM tu..?

 
hah..ni la IDM...













IDM ni akan memudahkan kerja2 men'download'..
mudah mcm mna tu..??
kalau download guna IDM ni tiba2 je stop korg boleh smbung blik..tekan je 'resume'..
klau xley smbung gak nsib korg la..hahahaha..
setakat ni aku guna ok je...xde masalah pon...
        
J downloader ni bagus kalau nk download ape2 dari kebanyakan hoster. So kalau nak download, just copy link then open 
J downloader software tu..x pyah paste..automatic akan paste kt situ..then truskan men'download' je..


nk senang cerita korang follow je tutorial kt bawah ni..hehehehe
http://board.jdownloader.org/showthread.php?t=2541

 ni lah hasil2 yg aku perolehi time guna Jdownloader ni...hehehe..



software ni adalah open source...sape2 pon boleh guna..
So, yg  xde duit cam aku ni sesuai la gune software ni...hehehehe

tu je aku nk bgtaw psal software ni..
renung-renungkan dan selamat beramal...(^_^)
 

Sunday, December 12, 2010

Bijak..,Memang Bijak..!!!

 Suara Pak Nil(Aznil Hj Nawawi) kedengaran mengatakan bijak..,memang bijak..!!
rupa-rupanya 1 rancangan yg begitu menarik sedang disiarkan di astro TVIQ(channel552)..iaitu


           Clever Edisi Malaysia.. 

                Rancangan ape ni?? 

Clever adalah program TV yg berasal dari Jerman,sebuah negara yg lahirnya ramai penyelidik dan saintis tersohor.Clever Edisi Malaysia disiarkan pada setiap Ahad,jam 11 pagi di Astro TVIQ-channel 552

Program ni menemukan 2 buah skolah bersaing antara 1 sama lain untuk meneka dan menjawab beberapa prinsip sains di sebalik fenomena tertentu..pastu ada plak selebriti yg dijemput utk tolong pelajar2 tu jawab ..

Yg lg bestnya. pengacara no 1 tanah air iaitu Aznil Hj Nawawi dan dibantu oleh pengacara 3R,Rafidah yg berperanan sbgai seorg saintis mnjadikan rancangan ni x bosan dgn telatah2 lucu mereka..,

                                                            Pak Nil bersama Saintis Rafidah

                                         gelagat Pak Nil mengacarakan Clever Edisi Malaysia


                                            Saintis(Rafidah 3R) sdg menjalankan eksperimen


                                            Pak Nil turut serta menjalankan eksperimen..

Mila dan Dafi antara selebriti yg hadir

                                              Antara eksperimen yg dijalankan

                                             bolehkah suara yg nyaring memecahkan gelas.??


Jawapannya = Tidak . sebabnya gelombang yg kuat serta berterusan sahaja yg boleh membuatkan  gelas tersebut pecah . suara yg nyaring tidak cukup kuat untuk memecahkan gelas dan suara kita juga tak boleh berterusan(untuk membuktikannya, diorg letak satu speaker dengan gelombang bunyi yg agak kuat dekat gelas tersebut dan terbukti gelas tersebut pecah)


Rancangan ni bukan skadar rancangan untuk kanak2..tapi smua peringkat umur patut menontonnya..,selain sbgai hiburan di hujung mggu..,pelbagai pengetahuan baru yg tak pernah kita terfikir akan diketahui..
(^_^)

 
 

Blogroll

About