Pages

Sunday, February 13, 2011

Shaolin 2011



salam dunia..

ari ni aku nk download satu cter ni...nmpk mcm best je...hehehe..harap2 sempat r abiskan mendownload..cter ni tjuknya Shaolin..

wah..!! mcm menarik kn? huhuhu..

bnyk gak pelakon2 terkenal yg berlakon dlm filem ni..antaranya..Jackie Chan..Andy Lau..Nicholas Tse..
kt sni aku lampirkan bersama beberapa screenshot filem ni..

gandingan hebat jackie chan dgn andy lau
fulamak..macho abg botak ni..hahaha

mereka berdua lagi..

para-para shaolin nk bertarung..hohoho

kita sbgai rakyat malaysia kenalah bersatu..huhuhu

hopefully best r cter ni..(^_^)

Friday, February 4, 2011

Double Prosperity Burger



Pada tanggal 31 Januari 2011 bersamaan 27 safar 1432...bergerak keluarlah aku untuk mencari sesuatu..sesuatu yg agak penting kot..hehehehe....iaitu..


tapi...apa kaitan dvd 0 ni dgn tajuk kali ni..?? hahahaha...
sebenarnya aku gi beli dvd ni kt S.P(sungai petani)...S.P ni agak jauh gak r dri rumah aku..lebih kurang dlm 65km gak..tapi demi hasratku yg 1 akan ku cari jugak..hahaha..
aku gi beli dvd ni kt city plaza kt S.P..masuk2 je kat dlm city plaza tu..tiba2 ternampak mcD kt ground floor..

ternampak lak prosperity burger..perghhh..meleleh air liur beb..
aku pun terus mendapatkan dvd yg ku mahu itu...pastu terus turun...hehehe.

aku pun terus la order..
ni la yg aku dapat..hehehe
ni double prosperity burger ayam

jeng3..dah bukak..
perghh..sedap wa ckp sama lu..

hehehehe..
nk taw x berapa aku bayar..??
hahahaha..ambik kau..

tapi..xpela..bukannya selalu dpt jumpa pun..setahun sekali je pun..hehehe..

lepas bayar...si casher tu bg la kt aku sesuatu..hehehe

                                                                 aku ingatkan ang pow..
                                                                
                                                                  bila buka tgk...hahaha
dpt burger free..huhuhu

tapi kt perlis mana ada mcD..kena pi aloq staq gak la mcm ni..klau x pon tggu pi langkawi nnti...hehehe

ni lak prosperity burger alike...hahahaha

oblong kt pasar malam...huhuhu
ni kalau dah xde duit sgt xp teringin nk mkn
p/s: dptkan prosperity burger di mcD berhampiran..(^_^)

Tuesday, February 1, 2011

Rahsia Matematik..






Kt sini aku nk kongsikan sikit tentang matematik..salah satu subjek kegemaran org ramai ketika di bangku sekolah..huhuhu
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111=12321                                                                          
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321                 
Sekarang tengok ini
101%
Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan  100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA  100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
Serta
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Attitude atau  sikap diri adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
Lastly..yg ni tak semua org jumpa..kalau ada pun buat tak kisah je..tapi yang ni lah yang paling penting dalam hidup kita
S-A-Y-A-N-G    A-L-L-A-H
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

semoga sayang kita kpd Allah dibalas dgn rahmat drpd-NYA...(^_^)

6 Soalan Imam Al Ghazali



Suatu hari,  Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu  Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu  Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu". Kita tak akan mampu untuk kembali ke masa lampau walauapapun terjadi kepada kita. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu  Imam Al Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apakah yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata  Imam Al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apakah yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan mereka benar, tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya setuju dengan permintaan Allah SWT, sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak mampu memikul amanah tersebut.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apakah yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat". Gara-gara sibuk bekerja kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat, gara-gara pergi membeli belah kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata  Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia". Disebabkan lidah, kebanyakan manusia dengan senangnya sakiti dan lukai hati dan perasaan saudara mereka sendiri.


Harap dapat memberi pengajaran kepada semua
^_^

 

Blogroll

About