Pages

Friday, July 29, 2011

Lelaki VS Bola Sepak....!!!

1. Bukan semua lelaki minat bola sepak..
2. Bukan semua yg minat bola sepak tu adalah lelaki(ada gak girl yg minat bola)..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd smua..kali ni aku nk sembang pasal bola(bola sepak)....
Kat atas ni adalah 2 statement yg aku buat tentang bola..sbb aku x minat sgt pn(x slh kn klau laki x mnat bola?)..mesti ada org ckp.."eh..,malu r laki x minat bola.." sng je aku jawab.."ada aku kisah...hahaha"


Semalam(28/7/2011) mesti ramai yg menyaksikan perlawanan kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dgn Singapura..Aku pn tgk gak(sbb adik2 aku smua tgk)..Walaupun team Malaysia tewas.,tapi kekalahan itu bermaruah kerana semua pemain Malaysia adalah anak tempatan(xdak sorg pn pemain import)..bg aku x best sgt match smlm tu..yela..bnyk sgt lakonan berlaku kt atas pdg tu(refer to Singapura team)..tapi ada 2 part yg menarik..1st time safee sali score goal...2nd gambar kt bwah ni...hehehe...2 org skali lipat tu...tapi dua2 x kena pn...hahahaha..:D
awat yg kt tgh2 tu jdi mcm tu..?? hahaha
Ada sebab pasai pa aku x mnat bola ni..antaranya...para pemain yg main ni slalu main tipu..mksud aku.,ramai yg suka berpura-pura msa tgh main..buat2 sakit la..pastu team lawan yg tertekel x psal2 dpt kad..kalau dpt kad merah.,x psal2 kena buang pdg..x best la kn kalau dh 10 lwn 11..mcm match smlm r..wlaupn last2 minit dh pn..tapi tetap x best r klau dh main 10 org..apa2 pn pemain2 Malaysia dh berjuang habis2an..biasala tu..kalah menang tu kn adat permainan...(^_^)

p/s:Majulah Sukan Untuk Negara..hehehe

Thursday, July 28, 2011

Melepaskan Batuk Di Tangga..??

 
Ramai yg pernah mendengar peribahasa ini, 'seperti melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa ini membawa maksud melakukan sesuatu perkara dengan tidak bersungguh2, sambil lewa dan sebagainya dan menjadikan kerja itu tidak sempurna. Itu yg aku pahamlah, mungkin ada maksud yg lain.
Sebelum ni aku paham melepaskan batuk tu adalah terbatuk2 kat tangga. Tapi pemahaman aku tu jauh meleset. Ada maksud yg lebih mendalam dari tu.Maksud yg sebenarnya bukan yg tu...
Yang sebenarnya..

'Batuk' berasal dari bahasa Jawa 'Batok' adalah tempurung kelapa (bukan tempurung kaca si pijal) yg digunakan untuk mencedok air untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Kebiasaannya, rumah kampung dulu2 ada tempayan kt luar rumah..
hah..mcm tu r 'Batuk' dilepaskan..








macam ni lah rupabentuk 'Batuk' tu...(^_^)





Oleh yang demikian, kenapa 'seperti melepaskan batuk di tangga' dimaksudkan melakukan kerja2 yg sambil lewa?Ada yg mengatakan kerana perbuatan seseorang yg tidak meletakkan semula batuk itu ke tempatnya dan hanya meletakkannya di tangga, telah menyumbang kepada peribahasa ini. Dan ada yg mengatakan perbuatan seseorang yang tergesa2 untuk naik ke rumah, mengambil batuk untuk membasuh kaki, tetapi kaki tak basah sebaliknya air membasahi tangga.


Begitulah kisahnya...



p/s:sebenarnya aku taw kisah ni dari En. Noh Johar seorang anggota SMART TEAM(skrg x lg kot) (^_^)

Friday, July 22, 2011

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat??

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana???


KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat...


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini...
 
p/s: tapi skrg ni astro kalau hujan masih tak boleh tgk gak..

Saturday, July 16, 2011

Penentuan Arah Kiblat

hari ni adalah 16 julai 2011 bersamaan 14 syaaban 1432H...pada hari ni telah berlaku satu peristiwa yang penting bagi umat islam seluruh dunia..iaitu Istiwa A'zam..mesti ramai yg tidak mengetahui akan peristiwa ni..peristiwa ni berlaku 2 kali dalam setahun...iaitu pada
Apakah itu peristiwa Istiwa A'zam..??
Istiwa A'zam adalah satu fenomena yg dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya di mana pada 2 waktu tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Ka'abah...
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…


Apakah yg perlu dilakukan ketika itu..??
  • Pastikan jam menunjukkan waktu piawai yg betul.
  • Cari objek lurus yg keras seperti batang kayu
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yg rata.
  • Perhatikan bayang-bayang yg terhasil dari objek lurus yg dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yg bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.
  • Tandakan arah qiblat.
Cukup mudah bukan..??

aku pn dh try buat tadi...inilah hasilnya...hehehehe..

cahaya matahari dtg dari depan...

besi kt tingkap rumah aku ni menjadi bahan ukuran

tgk tu..arah kiblat yg betul....ditandakan dgn selotep ECT...hehehe

kt rumah aku ni aku tak boleh la nk pacakkan kayu...dh la rumah sewa je..nanti marah lak tuan rumah ni..hehehe..
itulah arah kiblat aku dulu,kini dan selamanya...tanpa was-was lagi...(^_^)

malam ni adalah malam Nisfu Syaaban iaitu malam separuh daripada bulan Syaaban..marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan daripadaNya.. 

Friday, July 15, 2011

Lelaki Kacak bersama Jenazah.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari...ia stroke...Teruskan membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
 

Blogroll

About