Pages

Friday, June 3, 2011

Rejab Bulan Allah..

 Bulan Rejab adalah bulan yang Allah S.WT telah janjikan ganjaran yang berlipat ganda dari bulan-bulan lain.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.Subhanallah.Sungguh besar ganjaran berpuasa pada bulan Rejab. Dan teramatlah rugi kalau yang sudah tahu tentang kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan Rejab tidak beramal dalam bulan ini. Mudah-mudahan aku tidak tergolong dalam golongan yang rugi insyaAllah. Amin. 

Antara kelebihan bulan Rejab :
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”
Doa Bulan Rejab
 p/s: semoga hidup kita diberkati di bulan yg barakah ini...(^_^)

http://says.my/mahadi/kung-fu-panda

Thursday, June 2, 2011

Laluan Belajar Selepas SPM....Keuntungan @ Penyesalan..??

MATRIKULASI (MATRIK)
1.Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7.Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

ASASI/FOUNDATION
1.Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

DIPLOMA
1.Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 3 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3.Lebih peluang kerja - (Matrik + Ijazah) vs (Diploma + Ijazah), (Diploma + Ijazah) akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

TAMHIDI (USIM shj)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

FORM6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalau score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yg korang nak. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure support. (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7.STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

SIJIL
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
5.Aku tak rekomen korang ambil Sijil





p/s: Apa-apa pun...kalau dah rezeki tu..,belajar kt mana pn x kisah sebenarnya..,yg penting kena belajar betul2 la...(^_^)
 

Blogroll

About