MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib(Madinah), kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi.
Selepas beberapa tahun kewafatan Rasullullah S.A.W..Saidina Umar r.a memanggil para sahabat-sahabat agung seperti Saidina Ali r.a untuk bermesyuarat dan meminta pandangan mereka tentang kalendar yang sesuai untuk umat Islam.
Sebahagian dari mereka menyarankan agar digunakan kalendar Masihi yang sudah digunakan oleh ramai manusia ketika tersebut. Ada pula yang mencadangkan agar dimulakan dengan tahun kelahiran Rasulullah S.A.W. Semua cadangan ini ditolak kerana tarikh permulaan kedua-dua kalendar seperti itu agak samar-samar.
Sebahagian dari mereka menyarankan agar digunakan kalendar Masihi yang sudah digunakan oleh ramai manusia ketika tersebut. Ada pula yang mencadangkan agar dimulakan dengan tahun kelahiran Rasulullah S.A.W. Semua cadangan ini ditolak kerana tarikh permulaan kedua-dua kalendar seperti itu agak samar-samar.
Kalendar Islam perlu dimulakan dengan tarikh yang tidak ada kesamarannya, dan diketahui oleh ramai manusia. Maka ada yang mencadangkan agar dimulakan dengan tarikh wafat Rasulullah S.A.W. dan ada pula dengan tarikh ketibaan Rasulullah S.A.W. dari Kota Makkah. Saidina Umar r.a. memutuskan untuk memilih memulakan kalendar Islam dengan tahun ketibaan Rasulullah S.A.W. ke kota Madinah kerana bukan sahaja ia satu peristiwa agung dan diketahui oleh hampir semua umat Islam ketika tersebut, malah lebih penting lagi, para sahabat secara semulajadi telah memulakan perkiraan tahun dari tarikh tersebut.
Perkara kedua yang perlu diputuskan adalah bulan manakah sepatutnya kalendar Islam bermula. Ada yang menyarankan bulan Ramadan, dan ada pula dengan bulan Rejab kerana itu bulan yang diagungkan oleh masyarakat Arab Jahiliyah.Saidina Uthman r.a menyarankan agar dimulakan dengan bulan Muharram kerana sudah menjadi adat orang Arab ketika tersebut untuk memulakan tahun mereka dengan bulan Muharram, selepas jemaah Haji pulang dari mengerjakan ibadat haji. Cadangan ini dipersetujui oleh semua yang hadir.
Maka bermulalah kalendar Islam dari bulan Muharram, tahun ketibaan Rasulullah S.A.W. ke Kota Madinah. Bersempena peristiwa Hijrah ini, maka dinamakan kalendar umat Islam sebagai Kalendar Hijriah.
Dalam bulan Muharram ni gak ada 1 hari yg amat penting bg umat islam..iaitu hari Asyura...,hari Asyura ni adalah hari kesepuluh dlm bulan Muharram..pada hari Asyura ni umat islam disunatkan berpuasa..,bnyk peristiwa2 penting yg telah terjadi pada hari Asyura.
Antaranya adalah:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
Sekadar perkongsian ilmu..jikalau terdapat sebarang kesilapan atau percanggahan fakta harap dimaklumkan..(^_^)
0 comments:
Post a Comment